STONAVA 21 Dis.- 13 dilaporkan terbunuh dalam satu insiden letupan gas metana di sebuah lombong arang batu berdekatan bandar Karvina, timur Republik Czech. Reuters melaporkan, letupan terburuk sejak tiga dekad itu berlaku 800 meter bawah tanah kawasan lombong CSM. Jurucakap kepada syarikat pengendali operasi lombong berkenaan, Ivo Celechovsky memberitahu kerja-kerja perlombongan dihentikan serta merta sejurus selepas kejadian. “Kerja perlombongan bawah tanah dihentikan serta merta. Semua pekerja dikeluarkan dan dipindah ke tempat selamat. “Anggota penyelamat sampai di lokasi dengan cepat dan membuat pemeriksaan kawasan sekitar,” katanya. Daripada kesemua yang terbunuh, 12…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya