SHAH ALAM 13 Dis. – Seramai 10,000 anggota dan pegawai bomba telah disiapsiagakan bagi menghadapi musim banjir khususnya di pantai timur. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata, semua cuti pasukan itu telah dibekukan sejak November lalu. Serentak dengan itu juga, pihaknya telah mengatur gerak 500 jentera logistik termasuk peralatan marin dan pengangkutan selain mula mengaktifkan tiga pangkalan udara. “Bagi memantapkan pengurusan banjir, koordinasi…










