100 peserta meriahkan Kejohanan Go-Kart Bank Rakyat - Utusan Malaysia

100 peserta meriahkan Kejohanan Go-Kart Bank Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERIAH. Kira-kira 100 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Kelab Nuri, Kelab Sukan Bank Rakyat (Kebara) dan pengamal media menyertai pertandingan Go-Kart Bank Rakyat yang diadakan di Litar Kart Antarabangsa Shah Alam, Shah Alam baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat Bank Rakyat, Nizam Abu Samah berkata, program tersebut bertujuan untuk mengasah bakat ahli Kelab Nuri yang berusia 13 hingga 18 tahun dalam acara sukan lumba kereta serta melahirkan generasi muda yang kompetitif dan berdaya saing.

“Penganjuran ini juga untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik pemanduan berkemahiran tinggi serta menghindarkan mereka daripada gejala lumba haram yang berleluasa dalam kalangan remaja.

“Program ini turut dimeriahkan dengan penyertaan 10 pasukan media sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kita akan sentiasa mempelbagaikan aktiviti bersama media bagi mengeratkan hubungan antara kakitangan Bank Rakyat dengan media,” katanya.

Pada masa sama, kejohanan itu juga menyaksikan 46 warga kerja Bank Rakyat yang bertanding dalam tiga kategori iaitu lelaki heavyweight, lightweight dan terbuka wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN