LIPIS – Penduduk Kampung Teluk Gunung, Merapoh di sini berharap pemasangan 10 kamera oleh Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengesan harimau bakal membuahkan hasil dengan tertangkapnya haiwan berkenaan. Kesemua kamera tersebut dipasang pada pagi semalam di sekitar ladang kelapa sawit, kebun getah, dusun buah-buahan serta kawasan tanah pertanian di kampung itu. Pengusaha tanah pertanian di kampung tersebut, Muhammad Suki Daud, 54, berkata, pemasangan kamera itu diharap…










