Zuraida angkat sumpah ADUN wanita pertama Terengganu - Utusan Malaysia

Zuraida angkat sumpah ADUN wanita pertama Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 29 Nov. – Pengarah Ameerah Terengganu, Zuraida Md. Noor hari ini dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita pertama negeri ini dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, di sini hari ini.

Pelantikan yang dibuat mengikut peruntukan undang-undang tubuh itu dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.

Zuraida, 38, yang berasal dari Sungai Rengas dekat sini dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Open University Malaysia mula bergiat aktif dalam Pas sejak 2007. 

Terdahulu, Zuraida melafazkan angkat sumpah sebagai anggota Dewan dalam majlis yang bermula kira-kira pukul 11.30 pagi.

Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali memberitahu, pelantikan Zuraida melakar sejarah buat DUN Terengganu kerana buat pertama kali kaum hawa diberi penghormatan untuk menggalas peranan tersebut tanpa perlu melalui proses pilihan raya. 

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh, 57, turut dilantik sebagai Ahli Dewan Negara Terengganu bagi mengisi kekosongan jawatan senator. 

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Universiti Malaya dan Ijazah Pengubatan Islam Darussyifa’ merupakan bekas calon Parlimen Sungai Buloh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di samping bekas calon Parlimen Rompin (PRU-13) dan bekas calon DUN Tahan (PRU-12). UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN