Menduduki tempat ketiga dalam Gegar Vaganza musim kelima (GV5), penyanyi bersuara merdu, Zamani sebenarnya tidak menyangka mampu mara sampai ke peringkat akhir apatah lagi selepas melakukan beberapa kesilapan pada minggu terdahulu. Bagaimanapun, pemilik nama lengkap, Zamani Ibrahim itu berkata, dia amat bersyukur kerana masih mendapat sokongan terutama daripada peminat sehingga melayakkan dirinya bergelar pemenang tempat ketiga program berkenaan. Mendedahkan kepada Kosmo! ketika ditemui usai berakhirnya pentas final GV5 Ahad lalu, pelantun lagu Gerimis Mengundang mahu menggunakan hadiah kemenangan wang tunai sebanyak RM30,000 untuk merawatnya penyakit tulang belakang bengkok atau skoliosis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya