Yayasan Tabung Haji salurkan sumbangan kepada 800 murid Wilayah Persekutuan - Utusan Malaysia

Yayasan Tabung Haji salurkan sumbangan kepada 800 murid Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 16 Nov. – Sumbangan bernilai RM400,000 diagihkan kepada 800 orang murid daripada golongan asnaf dan kurang berkemampuan menerusi Program Iqra’ 2018 peringkat Wilayah Persekutuan yang dijalankan Yayasan Tabung Haji.

Program berkenaan membabitkan seramai 500 orang murid dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 300 murid dari Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan masing-masing menerima kelengkapan persekolahan bernilai RM200 serta wang tunai RM300.

Pengarah Tabung Haji Wilayah Persekutuan, Mohamad Abas berkata, pengagihan sumbangan zakat di Program Iqra’ itu bertujuan membolehkan murid-murid asnaf dan kurang berkemampuan untuk membuat persediaan bagi menghadapi sesi persekolahan tahun hadapan.

“Sumbangan ini juga sebagai suntikan semangat dan pendorong kepada para murid agar lebih berdaya maju dan cemerlang dalam pelajaran, seterusnya meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan Program Iqra’ 2018 peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN