“Yang penting dia sihat”- bapa Muhammad Adib - Utusan Malaysia

“Yang penting dia sihat”- bapa Muhammad Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov. – “Yang penting dia sihat, nampak depan mata. Itu sudah cukup dan saya berharap dia kembali bertugas seperti sedia kala.”

Itu harapan Mohd. Kassim Abdul Hamid, bapa kepada Muhammad Adib, anggota bomba yang parah diserang perusuh ketika ditemui di Institut Jantung Negara (IJN), Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Menurutnya, berita mengenai Muhammad Adib diketahui selepas beliau menerima panggilan daripada pihak bomba pada pukul 2.30 pagi semalam.

“Sebaik sahaja menerima makluman tersebut, saya ditemani isteri serta menantu bergegas dari rumah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah menuju ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dan tiba pada pukul 9 pagi semalam.

“Alhamdulillah, keadaannya semakin baik dan saya pun tidak ambil kisah dengan laporan yang tular,” ujarnya.

Muhammad Adib dipindahkan dari SJMC ke IJN pukul 11.30 malam tadi. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN