KUALA LUMPUR – Persatuan Memanah Red Arrows Wilayah Persekutuan (WIRA) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) akan menganjurkan Kejohanan Memanah Terbuka Kebangsaan bawah 12 tahun di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), Taman Keramat di sini pada 16 November depan. Kejohanan selama tiga hari itu turut mendapat kerjasama Kelab Memanah Wira Junior, Kelab Memanah ProX, Majlis Sukan Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Presiden WIRA, Leftenan Kolonel (bersara) Shaharudin Sulaiman…










