Waytha Moorthy, tolong diam! - Utusan Malaysia

Waytha Moorthy, tolong diam!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov.- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy perlu berhenti mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung insiden di tapak Kuil Maha Mariamman, di sini, Isnin lalu.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berkata, ini kerana kenyataan Waytha Moorthy sebelum ini tidak membantu menyelesaikan apa-apa masalah.

“Memandangkan ada beberapa isu mengenai kenyataan beliau sebelum ini, saya rasa lebih baik Waytha Moorthy tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Beliau sepatutnya membantu menyatukan masyarakat tetapi kenyataan-kenyataannya sebelum ini agak merbahaya,” katanya ketika sidang akhbar mengenai isu Kuil Maha Mariamman, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Waytha Moorthy bersama beberapa menteri Pakatan Harapan mendakwa polis lewat tiba di lokasi kejadian sehingga menyebabkan keadaan tidak terkawal.

Dalam kejadian tersebut, puluhan individu merusuh di kawasan tapak kuil sebelum tercetus pergaduhan sehingga menyebabkan 18 kenderaan dibakar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN