SUNGAI PETANI 22 Nov. – Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Merbok hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berikutan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang menimbulkan pelbagai polemik. Ketuanya, Hapsoh Ahmad berkata, pihaknya turut mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memecat P. Waytha Moorthy sebagai menteri di jabatan berkenaan. “Isu ICERD yang dicetuskan oleh menteri perpaduan itu…










