Waytha Moorthy 'mulut celupar' mesti digugurkan dari kabinet - Utusan Malaysia

Waytha Moorthy ‘mulut celupar’ mesti digugurkan dari kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 19 Nov. – Individu ‘bermulut celupar’ seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy tidak layak menjadi anggota pentadbiran kerajaan lebih-lebih lagi berada dalam barisan jemaah menteri.

Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (Peradaban), Datuk A. Aziz Deraman berkata, jika ura-ura rombakan kabinet oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar akan berlaku dalam masa terdekat, inilah masanya untuk menggugurkan Menteri yang menjaga portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial itu.

“Walaupun itu video 10 tahun lalu tetapi jelas sekali beliau ini seorang yang tidak faham konsep negara dan kenegaraan, bagaimana beliau sanggup memburukkan nama negara di mata dunia.

“Apa yang beliau ucap adalah pembohongan dan menjadi fitnah kepada kerajaan, umat Melayu dan Islam, ini tidak sewajarnya datang daripada seorang yang kononnya pejuang sebuah pertubuhan sama ada dari sudut moral dan akhlak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas video lama Waytha Moorthy yang tular yang mendakwa kononnya Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang besar termasuk mendiskriminasikan hak kaum India dalam pelbagai perkara termasuk hak beragama.

A.Aziz berkata, diskriminasi kepada kaum lain tidak pernah berlaku di negara ini sama ada dari sudut pendidikan, kesihatan, ekonomi dan sebagainya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN