KUALA LUMPUR 22 Nov. – Polis akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berhubung video tular mengenai wawancaranya di Belanda kira-kira 10 tahun lalu baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan dalam masa terdekat. Beliau berkata demikian pada majlis serah terima tugas serta pemakaian pangkat pegawai kanan dan penganugerahan…










