KLANG – Seorang wanita warga emas mengalami retak tulang tangan kanan serta bengkak pada pipi selepas diragut oleh menantunya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Bukit Kapar, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, mangsa berusia 70 tahun itu turut kehilangan seutas rantai leher selepas diragut lelaki berusia 43 tahun itu. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, berdasarkan laporan ahli keluarga mangsa, kejadian tersebut berlaku selepas suspek masuk ke dalam bilik tidur ibu mertuanya sebelum merentap rantai leher yang berada pada badan mangsa.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya