Wanita PKR tidak buru jawatan, teruskan perjuangan dalam parti -Haniza - Utusan Malaysia

Wanita PKR tidak buru jawatan, teruskan perjuangan dalam parti -Haniza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 16 Nov. – Wanita PKR diingatkan untuk meneruskan perjuangan dalam parti dan tidak memburu jawatan dalam kerajaan.

Timbalan Ketua Wanitanya, Haniza Talha berkata, wanita seharusnya tidak alpa walaupun PKR telah menjadi kerajaan, sebaliknya perlu terus membawa perjuangan parti.

Haniza yang juga Pengerusi Perumahan Pembangunan, Pengurusan dan Kehidupan Bandar Selangor berkata, asas perjuangan parti perlu diteruskan supaya idealisme yang dibina selama 20 tahun dapat dipertahankan dan seterusnya direalisasikan.

“Semangat ini yang kita perlu ada. Jawatan bukan buruan, habuan bukan rebutan tetapi asas perjuangan ini perlu diteruskan. Kita menjadi suara sebenar wanita Malaysia dengan setiap tindakan yang kita laksanakan demi kepentingan wanita negara ini.

“Malah, kita dididik untuk tidak tunduk mengalah dan perlu lebih kuat bersuara sekiranya nasib dan hak wanita negara ini terus tercabar,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR ke-13 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN