Wanita OKU didera kakak, abang kandung - Utusan Malaysia

Wanita OKU didera kakak, abang kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) yang berusia 29 tahun mengalami kecederaan pada kerongkong serta lebam di seluruh badan disyaki akibat didera kakak dan abang kandungnya di rumah mereka di Taman Desa Aman, Kulim di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, perbuatan dua beradik itu terbongkar selepas orang awam yang menyedari kejadian membuat aduan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim kira-kira pukul 2.30 petang Selasa lalu.

“Pihak JKM kemudian memaklumkan perkara itu kepada polis untuk mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang merupakan OKU kategori pelbagai itu ditemui berada di rumah tersebut bersama ibunya berusia lingkungan 50-an sebelum dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa mengalami luka pada kerongkong dipercayai akibat dijolok dengan rotan selain pihak hospital mengesahkan terdapat kesan luka dan parut lama disyaki akibat perbuatan dera,” ujarnya.

Tambahnya, kedua-dua suspek berusia 33 dan 35 tahun yang merupakan pekerja kilang ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim malam kelmarin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN