KINSHASA 28 Nov. – Wabak Ebola yang menular di timur Congo selama hampir empat bulan dipercayai menyebabkan 19 lagi nyawa terkorban dalam tempoh lima hari, menurut kementerian kesihatan. Wabak tersebut, menular pada 1 Ogos, kini telah mengakibatkan 241 kematian, kata kementerian itu dalam satu kenyataan, hari ini. “Sebanyak 241 kematian dicatatkan,” kata kementerian setelah mengemaskini bilangan kematian hingga 26 November, menunjukkan sejumlah 421 kes dengan 374 kes disahkan manakala 47…









