PASANGAN beregu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen hanya selangkah untuk muncul beregu wanita Malaysia pertama memenangi gelaran kejohanan badminton Terbuka Macau. Beregu yang berada di ranking No. 75 dunia tersebut menyingkirkan pasangan No. 16 dunia, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 21-16, 21-17 pada aksi separuh akhir di Pavilion Sukan Tap Seac, Macau semalam. Kejayaan melangkah ke final tersebut merupakan kali kedua bagi beregu baharu tersebut yang digandingkan buat pertama kali sejak…










