Vinales mahu guna No. 12 musim depan - Utusan Malaysia

Vinales mahu guna No. 12 musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA – Selepas dua musim bergelut dengan prestasi tidak menentu, pelumba Yamaha, Maverick Vinales membuat keputusan untuk menukar nombor jentera pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Ketika ini, pelumba Sepanyol itu menggunakan nombor 25 bersama Yamaha dan dia memilih nombor keramat 12 sebagai simbol untuk menaikkan semangatnya bagi saingan musim depan.

Vinales pernah meng­gunakan nombor 12 ketika bersaing pada saingan Kejuaraan Motosikal Remaja Dunia (CEV) 125cc dan Moto3, malah berjaya muncul juara dunia pada tahun 2013.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika saya masih kanak-kanak, nombor 12 sering saya gunakan pada perlumbaan motocross. Saya sudah lama ingin menggunakan nombor ini semula pada perlumbaan MotoGP, namun saya tidak mempunyai kesempatan ketika berada dalam kelas Moto2 apabila Thomas Luthi menggunakan nombor 12 itu.

“Oleh itu, dengan berlakunya perubahan dalam pasukan Yamaha terutama terhadap enjin dan ketua kru, maka saya yakin ini merupakan waktu terbaik menggunakan nombor keramat itu pada perlumbaan MotoGP musim depan,” kata Vinales.

Selepas berakhir perlumbaan pada GP Valencia, Yamaha akan menguji enjin baharu 2019.

Vinales dan jurulatihnya, Julian Simon akan memulakan ujian tersebut Selasa ini dan akan ke Jerez bersama ketua kru baharu, Esteban Garcia bagi melihat sejauh mana jentera Yamaha mampu berfungsi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×