Vinales idam kedudukan ketiga keseluruhan - Utusan Malaysia

Vinales idam kedudukan ketiga keseluruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA – Pelumba Sepa­nyol, Maverick Vinales bertekad untuk merampas kedudukan ketiga dalam carta pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada perlumbaan pusingan terakhir GP Valencia, Sepanyol hujung mi­nggu ini.

Biarpun tidak men­capai sasaran asal, Vinales yang ketinggalan dua mata di belakang rakan sepasukan, Valentino Rossi itu mahu menamatkan musim sukarnya dengan satu kejayaan kecil.

“Saya tiba di Valencia dengan mood yang baik. Litar Ricardo Tormo semema­ngnya litar kegemaran saya. Ia memiliki reka bentuk yang sesuai de­ngan jenis tungga­ngan saya.

“Tahun lalu, ia bukan suatu perlumbaan yang baik. Namun, tahun ini saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dan menutup kempen saya dengan satu lagi kemena­ngan.

“Saya sangat berkeya­kinan untuk memulakan perlumbaan minggu ini. Sasaran saya adalah untuk dapatkan kedudukan ketiga pada carta pelumba MotoGP dan saya sangat hampir de­ngan objektif tersebut.

“Jika dapat menamatkan saingan di kedudukan ketiga setelah mengharungi musim sukar, maka ia merupakan sumbangan kecil saya buat pasukan bagi musim ini,” kata­nya yang berjaya menamatkan kemarau gelaran buat pasukan Movistar Yamaha pada GP Australia bulan lalu. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN