[VIDEO] Video selamatkan Muhammad Adib tular - Utusan Malaysia

[VIDEO] Video selamatkan Muhammad Adib tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov.- Video detik-detik cemas orang ramai menyelamatkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini semalam tular di laman-laman sosial.

Menerusi video berdurasi 2 minit 15 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki dilihat cuba membantu Muhammad Adib dengan mengangkat mangsa sebelum mencari sebuah kenderaan untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Tengok..anggota bomba. Angkat…angkat…bagi laluan untuk keluarkan seorang anggota bomba.

“Kami bantu..ada seorang bomba orang Melayu… kami tolong itu sahaja tetapi kami dilabel sebagai orang jahat,”kata seorang individu dalam video terbabit.

Dalam pada itu, di dalam rakaman video terbabit turut memaparkan sekumpulan lelaki mempersoalkan tindakan polis selain mereka turut memberhentikan sebuah kereta bagi memberi pertolongan kepada anggota terlibat.

“Apa polis sedang buat? pegang dia elok-elok.. hentikan kereta itu. Abang boleh tolong bawa ke hospital tak?,” jelas lelaki di dalam video itu lagi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN