[VIDEO] Van sayur Thailand berleluasa hingga ancam pengguna lain - Utusan Malaysia

[VIDEO] Van sayur Thailand berleluasa hingga ancam pengguna lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kelibat kenderaan persendirian tempatan yang dipandu penduduk warga Thailand memunggah barangan makanan mentah seperti sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dari negara jiran itu kelihatan berleluasa di negeri ini sehingga menimbulkan ancaman kepada pengguna jalan raya lain.

Malah, warga asing terbabit tidak gentar melakukan perbuatan tersebut apabila hasil risikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan sebanyak 60 hingga 70 buah kenderaan tersebut masuk ke negeri ini setiap hari.

Van dan pacuan empat roda (4WD) persendirian yang menggunakan nombor pendaftaran negara ini memunggah barangan dari negara berkenaan melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, dekat sini.

Barangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan serta produk makanan kering negara tersebut dibawa masuk ke negara ini sebelum dihantar ke pasar-pasar di daerah Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Machang malah sehingga ke Kuala Krai.

JPJ Kelantan berjaya menahan berjaya menahan 16 buah van dan dua pacuan empat roda dalam operasi ter
JPJ Kelantan berjaya menahan berjaya menahan 16 buah van dan dua pacuan empat roda dalam operasi terhadap warga asing yang masuk ke negeri itu.

 

Pengarah JPJ Kelantan, Mahasan Mustapa berkata, pihaknya menerima banyak aduan serta rungutan penduduk berhubung kesalahan yang dilakukan kenderaan terbabit sehingga ada yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Sehubungan itu, JPJ Kelantan mengadakan satu Ops Khas Sempadan disertai 37 pegawai dan anggota dengan diketuai Timbalan Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Apandi Jusoh bermula dari pukul 5 pagi hingga 8 pagi tadi.

“Hasilnya, kita berjaya menahan 16 buah van dan dua pacuan empat roda dipandu lelaki dan wanita berusia 20 tahun hingga 50-an. Mereka didapati menggunakan kenderaan persendirian sebagai kenderaan perdagangan dengan memunggah muatan tersebut,” katanya ketika ditemui di pejabat JPJ Kelantan, Panji di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN