KUALA LUMPUR 12 Nov. – Warga kota semakin hampir untuk menikmati perkhidmatan pengangkutan awam dan letak kereta bebas tunai dengan termeterinya perjanjian kerjasama antara enam organisasi penyedia perkhidmatan kewangan digital dan pengangkutan. Video oleh NURULANUAR MANSOR Kerjasama tersebut dijalin antara penyedia khidmat e-wallet, Boost, KLIA Express, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), CatchThatBus, EzCab dan City Carpark. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boost, Christopher Tiffin, melalui kerjasama itu, syarikatnya akan menjadi…










