[VIDEO] Lelaki didakwa bakar rumah kongsi mahu nama dibersihkan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lelaki didakwa bakar rumah kongsi mahu nama dibersihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Lelaki yang sebelum ini disyaki membakar rumah kongsi yang terletak di belakang Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada Isnin lalu mendakwa dirinya tidak bersalah dan mahu namanya dibersihkan.

Ini berikutan video mengenai perkara tersebut telah tular, malah dia turut didakwa sebagai pekerja binaan warga asing sebaliknya dia adalah warga tempatan yang bekerja di warung menjual char kue tiau.

Sulaiman Abdullah, 32, berkata, dia sememangnya tinggal di rumah kongsi terbabit dan pulang untuk mengambil pakaian semasa kejadian.

“Namun, saya cuma sempat mengambil beg yang berisi al-Quran dan sejadah kerana berlaku kebakaran sebelum diserang sekumpulan perusuh.

“Kemudian polis membawa saya ke Balai Polis USJ 8 untuk disoal siasat sebelum dibebaskan kerana saya tidak bersalah. Polis kemudian menasihatkan saya untuk membuat laporan polis kerana dipukul,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN