[VIDEO] Ku Nan tiba di Mahkamah Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ku Nan tiba di Mahkamah Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Ahli Parlimen Putrajaya itu hadir pada pukul 1.55 petang dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard dan diiringi beberapa polis pengiring.

Sebaik tiba, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikawal ketat sambil diiringi pasukan polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dibawa masuk ke dalam mahkamah.

Kosmo! Online semalam melaporkan SPRM menahan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung siasatan kes penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pukul 3.25 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam.

Tengku Adnan akan dituduh bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada tarikh dan waktu yang sama setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara

Media sebelum ini melaporkan sebanyak 97 transaksi me­ragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion disiasat oleh pasukan khas ditubuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan SPRM sejak 31 Julai lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN