[VIDEO] Kenderaan rempuh pelanggan restoran ditemukan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kenderaan rempuh pelanggan restoran ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang merempuh pelanggan ketika menjamu selera di parkir kereta berdekatan Bandar Putra Permai Seri Kembangan, dekat sini ditemukan orang ramai malam tadi.

Difahamkan kenderaan itu ditemukan orang ramai kira-kira pukul 12 tengah malam tadi dan ditinggalkan suspek di Taman Universiti Indah kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

Orang ramai
ORANG ramai melihat dua kenderaan yang remuk dalam kejadian langgar lari sebuah pacuan empat roda yang memandu secara melulu ketika orang ramai sedang menjamu makan di Jalan Equine Taman Putra Permai Sri Kembangan hari ini. – UTUSAN ONLINE/DJOHAN SHAHRIN SHAH

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, seorang wanita berusia 57 tahun maut manakala empat lagi cedera akibat dirempuh kenderaan jenis Isuzu Dmax.

Difahamkan kenderaan itu ditinggalkan suspek di Taman Universiti Indah kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian sebelum ditemukan orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

 

Video oleh BASIR ABU BAKAR

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kenderaan itu dipercayai melanggar orang awam di parkir kereta kaki lima jalan berkenaan sebelum melanggar tiga kenderaan lain.

Menurutnya, pihak polis sedang menjejaki suspek pemandu kenderaan terbabit yang melarikan diri selepas kejadian itu.

Ahli keluarga mangsa
Ahli keluarga seorang wanita yang mati dalam kejadian langgar lari sedang menunggu berhampiran mayat, sebuah kenderaan pacuan empat roda didakwa memandu secara melulu ketika orang ramai sedang menjamu makan di sebuah gerai makan di tepi jalan di Jalan Equine Taman Putra Permai Sri Kembangan di sini, hari ini. Gambar: DJOHAN SHAHRIN SHAH

“Wanita yang maut dikenali Wong Sow Lin manakala empat mangsa cedera di bawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ismadi memberitahu, polis meminta pemandu terbabit supaya menyerah diri dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut tampil bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN