[VIDEO] 17 ditahan perjudian dalam talian - Utusan Malaysia

[VIDEO] 17 ditahan perjudian dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Polis menahan 17 individu yang disyaki terlibat dengan perjudian dalam talian di sebuah rumah di Jalan Bukit Jalil, di sini pada 22 November lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 19 hingga 43 tahun melibatkan 11 lelaki dan enam wanita warga China.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, mereka yang ditangkap berperanan sebagai penjaga atau pengurus premis dan premis itu berfungsi sebagai pusat panggilan operasi tersebut.

“Hasil siasatan mendapati sindiket tersebut menawarkan operasi judi melalui aplikasi WeChat kepada rakyat negara China.

“Dalam serbuan tersebut kami merampas 15 buah komputer riba, 66 buah telefon bimbit, lima buah modem pelbagai jenama dan alatan elektronik.

“Kami turut mendapati dalam tempoh dua minggu, transaksi yang dilakukan dalam sindiket ini boleh mencecah RM6 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen, di sini hari ini.

Kesemua yang ditangkap direman 18 hari dan disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN