Vape, shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok - Utusan Malaysia

Vape, shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Rokok elektronik (vape) dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2019.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun kementerian masih dalam peringkat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan melibatkan vape dan shisha dalam masa terdekat.

“Pada masa ini, peraturan itu membabitkan produk berkaitan tembakau, tetapi untuk vape dan shisha kita akan ambil pendekatan mengikut peraturan dan undang-undang tetapi dalam kategori perundangan yang lain.

“Kita sudah ambil perhatian (mengenai vape dan shisha) cuma ia belum diluncurkan (diputuskan) lagi, tetapi dalam waktu agak munasabah akan kita laksanakan,” katanya pada majlis Anugerah dan Pengiktirafan Kempen Blue Ribbon 2018, di sini hari ini.

Kempen Blue Ribbon diadakan sejak 2013 bertujuan melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok melalui usaha advokasi ke arah mewujudkan 100 peratus kawasan bebas asap rokok. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN