Utara mudah atasi selatan - Utusan Malaysia

Utara mudah atasi selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Utara menyerlahkan kecemerlangan dengan memenangi kedua-dua perlawanan dua pertemuan 50 over dalam aksi kriket Utara menentang Selatan di Bayuemas Oval dekat sini hari ini.

Dalam perhitungan hari pertama semalam, Utara menang dengan 55 larian manakala hari ini, terus mengukuhkan penguasaan dengan kesungguhan menguasai pertemuan dengan 58 larian.

Pemukul Utara dari Kelantan, Faiz Ahmad Nasir menyumbangkan 100 larian dalam aksi hari kedua; sekali gus memenangi anugerah pemain terbaik kejohanan.

Pertarungan bagi merebut Perisai Tuanku Ja’afar itu dipertandingkan semula sejak kejohanan terakhir pada tahun 2004. Semua pemain terbaik akan dikumpulkan akhir tahun untuk aksi penutup kalendar Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×