PULAU PINANG 27 Nov. – Universiti Sains Malaysia (USM) menyerlahkan kehebatan dalam pertandingan Unimaker 2018 apabila dua pasukannya muncul juara dan naib juara sekali gus membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM130,000 baru-baru ini. Pasukan Whatever dengan inovasi bertajuk Farmlogy: Precision farming with IoT and AI muncul juara manakala pasukan 4Dynamo yang menyerlahkan potensi inovasi melalui Intelligent and Responsive Imaging System (IRIS) muncul sebagai naib juara. Pasukan Whatever tampil dengan inovasi…










