SHAH ALAM 17 Nov. – Kongres Nasional PKR hari ini dijadikan pentas kepada parti itu menghina UMNO dengan PKR Johor secara biadab melabelkan UMNO sebagai parti tahi.
Penghinaan itu dibuat wakil PKR Johor, Yasharudin Kosni, disaksikan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika memulakan sesi perbahasan.
Sedangkan UMNO yang lahir di istana Johor merupakan parti yang memerdekakan negara ini dan mengetuai Barisan Nasional (BN) membangunkan Malaysia sejak 1957.
“Bila Timbalan Presiden UMNO menyebut langau, tuan-tuan, apa maksud langau, maksudnya UMNO ini parti tahi dan kita tak boleh beri laluan agar langau ini berterbangan dalam parti kita.
“Kita tidak boleh jadikan Keadilan parti tahi seperti UMNO,” katanya ketika berucap membahaskan ucapan dasar Presiden PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










