SAUDARA PENGARANG, SECARA peribadi saya kesal dan kecewa dengan bekas pemimpin besar UMNO yang menyatakan parti terbesar orang Melayu ini sudah tidak relevan lagi. Lebih tidak boleh diterima mereka mahu ahli-ahli UMNO keluar beramai-ramai dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Saya faham apabila sudah benci akan kedengaran suara-suara yang memburuk-burukkan UMNO, sedangkan parti inilah yang meletakkan mereka pada tahap sekarang. Parti inilah yang memberi ruang dan peluang kepada mereka…










