SUNGAI SIPUT 25 Nov. – UMNO Perak mendakwa wujudnya gerakan yang serius untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu oleh beberapa orang exco kerajaan negeri menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang mendedahkan perkara itu mendakwa, rancangan tersebut hendak dilaksanakan oleh beberapa exco berkenaan dengan cuba memujuk sekurang-kurangnya lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional…










