UMNO calonkan semula Mohamad – Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

UMNO calonkan semula Mohamad – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Nov. – UMNO nampaknya seperti telah membuat keputusan untuk mencalonkan semula Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Rantau.

Perkara itu selepas Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan mengenainya menerusi hantaran dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Beliau malah menyifatkan keputusan mahkamah untuk membatalkan kemenangan Mohamad di DUN Rantau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah dijangkakan.

Ahmad Zahid Hamidi
AHMAD ZAHID HAMIDI

“Jentera Barisan Nasional (BN) akan digerak sepenuhnya. Biarpun banyak kekangan dan halangan, kerusi Rantau mesti dipertahankan.

“Demi maruah dan kesinambu­ngan, mari UMNO dan BN perkasa kesatupaduan,” tegas beliau.

Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban hari ini mengisytiharkan kemenangan Mohamad bagi kerusi DUN Rantau dalam PRU-14 adalah terbatal dan tidak sah.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azimah Omar yang me­ngarahkan PRK diadakan selepas kerusi DUN berkenaan dimenangi Mohamad tanpa bertanding pada 28 April lalu.

Mahkamah memutuskan demikian selepas calon PKR bagi kerusi DUN itu, Dr. S. Streram memfailkan petisyen pada 23 Mei lalu bagi mencabar keputusan di kerusi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN