Umat Islam akan bangkit secara habis-habisan menentang ICERD - Utusan Malaysia

Umat Islam akan bangkit secara habis-habisan menentang ICERD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 16 Nov. – Pas memberi amaran bahawa seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik akan bangkit dan bersatu menentang sebarang usaha untuk mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Hashim Jasin
Hashim Jasin 

Dalam masa sama, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin turut mengingatkan bahawa usaha pihak tertentu mahu mengiktiraf ICERD adalah sebagai langkah permulaan ke arah menuntut pelbagai lagi tuntutan berkaitan kepentingan mereka selepas ini.

Tegas beliau, orang bukan Islam meskipun mempunyai ideologi politik yang berbeza namun mereka akan bersatu untuk melihat kehancuran Islam.

“Sejak 1,500 tahun dahulu, Nabi Muhamad SAW pernah mengingatkan pada satu masa nanti akan ada umat bukan Islam hampir-hampir meratah umat Islam. Nampaknya, peringatan itu berlaku pada hari ini.

“Bukan Islam rasa tidak sedikit pun takut seperti dalam isu ICERD ini. Di samping tidak takut, kita pula ‘dicampak’ di bumi sendiri,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan aman membantah ICERD selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Alwi di sini, hari ini.

Lebih 500 orang menyertai perhimpunan yang digerakkan oleh Pas, UMNO dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam negeri ini.

Antara pemimpin yang hadir dalam perhimpunan yang berlangsung kira-kira satu jam itu ialah Timbalan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli dan seluruh barisan kepemimpinan UMNO dan Pas negeri termasuk wakil-wakil daripada pelbagai NGO Islam Perlis.

ORANG ramai berkumpul membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kau
ORANG ramai berkumpul membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di pekarangan Masjid Alwi, Kangar, Perlis hari ini.

Serentak itu, mereka juga menyerahkan memorandum bantahan konvensyen tersebut kepada Azlan untuk dipanjangkan kepada kerajaan Pakatan Harapan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN