Ubi 'tonyoh jangok' tiga beradik laris - Utusan Malaysia

Ubi ‘tonyoh jangok’ tiga beradik laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 26 Nov. – Percubaan tiga beradik menghasilkan kuih ubi ‘tonyoh’ dalam pelbagai warna sehingga kelihatan cantik atau ‘jangok’ membuatkan mereka tidak menang tangan apabila makanan tradisional Kelantan itu tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Setiap hari, tiga beradik berkenaan, Rosmaziah Mohammad, 43, bersama kakaknya, Rosniwati, 45, dan adiknya, Roshalida, 21, menerima tempahan lebih 300 bungkus kuih ubi tonyoh daripada para pelanggan.

Rosmaziah mengakui dia terkejut apabila ubi tonyoh jangok yang diusahakan itu ‘meletup’ sejurus dimuat naik di Facebook.

Katanya, sejurus dimuat naik dia menerima tempahan kira-kira 100 bungkus pada hari pertama.

Menurutnya, permintaan terhadap kuih yang diusahakannya itu kemudian meningkat kepada lebih 300 bungkus setiap hari.

“Permintaan kuih ubi ‘tonyoh jangok’ terus meningkat apabila para pelanggan mula berkongsi keenakan rasa kuih tradsional rakyat Kelantan itu dan menularkannya di laman-laman sosial Facebook,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Berangan, di sini hari ini.

Rosmaziah memberitahu, ubi ‘tonyoh’ itu digelar ‘jangok’ kerana dihasilkan dalam empat warna iaitu kuning, hijau, jingga dan merah.

“Selain warna-warni, kelapa parut kukus dan manisan Gula Melaka menjadi satu lagi tarikan keenakan rasa ubi tonyoh dihasilkannya.

“Saya memilih untuk mengukus kelapa parut kerana mahu rasa bahan itu terus segar dan enak untuk dimakan dalam apa jua keadaaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN