LANGKAWI 24 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan keyakinan bahawa ‘pembersihan’ dalam jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan akan berjaya dilakukan sepenuhnya sekali gus dapat menggembalikan status negara sebagai Harimau Asia. Perdana Menteri berkata, pembersihan jentera kerajaan daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan itu perlu juga segera dilakukan demi memulihkan keyakinan rakyat kepada penjawat awam. “Untuk kembali menjadi pemerintah yang mampu tadbir negara dan kayakan negara maka mereka yang…










