KAJIAN mendedahkan, kanser prostat adalah kanser kedua tertinggi yang menjadi penyebab kematian kepada kaum lelaki. Hakikatnya, kematian lelaki kerana kanser ini adalah lebih tinggi berbanding kematian wanita disebabkan kanser payudara. Walaupun angka (kematian) meningkat, kesedaran masyarakat terutamanya dalam kalangan kaum lelaki di Malaysia berkaitan kanser ini adalah rendah. Pelbagai inisiatif membangkitkan kesedaran dilaksanakan tetapi usaha itu bagai mencurah air atas daun keladi apabila masih ramai lelaki di luar sana yang…










