Tuan rumah tidak perlu minta maaf - Utusan Malaysia

Tuan rumah tidak perlu minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 30 Nov. – Kerajaan Pas Kelantan tidak perlu meminta maaf kepada pihak yang sebelum ini tidak dibenarkan masuk ke dalam premisnya kerana itu hak sebagai ‘tuan rumah.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, surat pekeliling menarik balik larangan ke atas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Husam Musa memasuki semua pejabat kerajaan negeri sudah mencukupi dan tidak timbul soal perlu meminta maaf ataupun membayar ganti rugi.

Beliau berkata, pandangan pihak tertentu bahawa cara kerajaan negeri menyelesaikan isu itu tidak kena adalah bergantung kepada tafsiran masing-masing.

“Bagi kita dah cukup, macam rumah kita mula-mula kita tak bagi orang datang, kemudian kita bentang (tikar), maka cukuplah.

“Takkan kita perlu minta maaf pula kerana tak benar dia masuk rumah kita, (bayar) ganti rugi apa? Apa yang ruginya?,” katanya selepas menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Mohd Amar diminta mengulas mengenai tuntutan Husam yang mahu kerajaan negeri meminta maaf dan membayar ganti rugi selepas larangan ke atasnya dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sejak Mei lalu ditarik balik.

Penarikan balik larangan itu dimaklumkan menerusi surat pekeliling dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad bertarikh 21 November lalu.

Akhbar sebelum ini melaporkan, larangan terhadap kedua-dua individu berkenaan daripada memasuki istana-istana Kelantan bagaimanapun masih lagi berkuatkuasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN