WASHINGTON 30 Nov. – Presiden Donald Trump membatalkan pertemuannya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang sepatutnya berlangsung semasa persidangan G20 di Argentina.
Trump melalui Twitter memaklumkan, keputusannya dibuat selepas Rusia enggan membebaskan anak kapal dan kapal Ukraine yang ditahan baru-baru ini.
“Memandangkan anak kapal dan kapal tidak kembali ke Ukraine dari Rusia maka saya memutuskan adalah baik semua pihak yang terlibat membatalkan mesyuarat antara saya dan Putin yang dijadualkan di Argentina.’’
“Saya berharap persidangan ini membuahkan hasil sebaik sahaja situasi ini berjaya diselesaikan,’’ katanya.
Terdahulu ketika meninggalkan White House Trump memberitahu wartawan bahawa persidangan berkenaan adalah `masa yang baik’ untuk mengadakan mesyuarat dengan Putin. – AFP










