DOHA – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Qatar. Pesawat yang membawa Timbalan Perdana Menteri itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad pada pukul 5.45 pagi waktu tempatan. Malaysia adalah lima jam lebih awal dari Qatar. Ketibaan beliau disambut oleh Penolong Setiausaha Rendah Hal Ehwal Sosial Ghanim Mubarak Ali Al-Kuwari dan Duta Besar Malaysia ke Qatar,…










