TIDAK dinafikan, kontroversi boleh dilihat dari dua sudut berbeza. Ada pro dan kontranya. Terpulang kepada si pelaku yang menilai kontroversi itu. Bagi pelakon Aishah Azman, dia seboleh-bolehnya mahu lari jauh daripada ditimpa sebarang kontroversi. Apatah lagi, jika kehangatan cerita tersebut mampu membunuh kariernya sendiri. Sedar sememangnya kontroversi adalah cara paling mudah untuk dikenali tetapi itu bukan strateginya. Dia tidak mahu menconteng kanvas seninya dengan lumpur semata-mata untuk popular. Sementelah, pengalaman…










