Tok dalang cilik Pyu gegar pentas antarabangsa - Utusan Malaysia

Tok dalang cilik Pyu gegar pentas antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 19 Nov. – Tok dalang cilik, Aqfierudzar Rizq Mohd. Sulhie, 4, berada pada kelasnya tersendiri apabila persembahan berjudul ‘Samad ke Singapura’ mendapat tepukan gemuruh lebih 500 tetamu yang hadir pada Pertandingan Dikir Barat Piala Buluh Perindu, di Woodlans Galaxy CC, Singapura kelmarin.

Aqfierudzar Rizq atau Pyu yang kali pertama membuat persembahan di pentas antarabangsa nyata tidak kekok menggerakan patung wayang kulit dibalik kelir.

Sebaliknya, Pyu kekal tenang melontarkan bait-bait cerita dan wayang kulit mengikut alunan muzik yang dimainkan oleh Kumpulan Wayang Kulit Arjunasukma diketuai bapanya sendiri, Mohd. Sulhie Yusoff.

Memuatkan artikel berkaitan…

Situasi itu menimbulkan rasa kagum dalam kalangan penonton melihat persembahan memukau daripada Pyu.

Sementara itu, Mohd. Sulhie mengakui lega dengan keupayaan anaknya yang tidak gugup sepanjang persembahan itu.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil kerja keras sepanjang seminggu sebelum berangkat ke Singapura.

“Perasaan saya bercampur baur melihat dia tenang dan mengawal pentas dengan baik.

“Persembahan itu pentas yang cukup besar kerana Pyu membawa nama Malaysia. Alhamdulillah dia berjaya melaksanakannya dengan begitu baik sekali,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×