TNB rai 300 anak yatim, OKU - Utusan Malaysia

TNB rai 300 anak yatim, OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 29 Nov. – Sebanyak 300 anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) berumur antara tiga dan 22 tahun hari ini diraikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam Majlis Mesra Deepavali di sini, hari ini.

Mereka adalah penghuni lapan rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang termasuk Rumah Bhagawan Sri Ramakrishnan, Persatuan Kebajikan Kasih, Cheras dan Yayasan Seribu Harapan.

Anak-anak yatim dan OKU itu masing-masing menerima sumbangan duit raya RM50.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie; Ahli Lembaga Pengarahnya, K. S. Gopala Krishnan serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir. Azman Mohd.

Majlis yang dihadiri kira-kira 2,000 pekerja TNB dan tetamu syarikat itu turut dihadiri Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN