Tite akui guna falsafah Guardiola - Utusan Malaysia

Tite akui guna falsafah Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Ketua jurulatih Brazil, Tite mendedahkan beliau menggunakan falsafah pengurus Manchester City, Pep Guardiola sebagai inspirasi untuk mengekalkan tahap keseimba­ngan dalam pasukannya.

Menurut Tite, perkara tersebut membolehkan mereka meraih kemenangan 1-0 ketika menentang Uruguay pada aksi persahabatan di Stadium Emirates kelmarin.

“Ini merupakan derbi Amerika Selatan. Walaupun ia adalah perlawanan persahabatan tetapi kami tetap menghormati Uruguay. Pada aksi ini, Uruguay menggunakan dua sistem berbeza dan mereka begitu mahir menggunakan pendekatan tersebut.

“Bagaimanapun, Brazil masih boleh mengawal bola kerana pasukan kami lebih seimbang. Saya sering menjadikan City sebagai contoh tentang bagaimana cara terbaik untuk menyeimbangkan pasukan walaupun berada dalam situasi genting,” katanya.

Pada aksi tersebut, gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Neymar menerusi sepakan penalti pada minit ke-76.

Dalam perkembangan lain, pengendali berusia 57 tahun itu mengakui penyerang Everton, Richarlison berpotensi besar diserapkan ke dalam skuad utama Brazil pada perlawanan Piala COPA Amerika Jun depan.

“Richarlison boleh menjaringkan gol menerusi tandukan atau tendangan. Ini adalah ciri-ciri penyerang yang kami perlukan pada perlawanan kompetitif. Pada aksi semalam, kemasukan pemain berkenaan telah mengucar-ngacirkan benteng pertahanan Uruguay,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN