Tinju ‘KO’ di Tokyo 2020? - Utusan Malaysia

Tinju ‘KO’ di Tokyo 2020?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 28 Nov. – Bermula Jumaat ini, Maj­lis Olimpik Antarabangsa (IOC) akan bersidang selama dua hari di Tokyo bagi membincangkan mengenai masa depan tinju, sama ada digugurkan atau tidak dalam Sukan ­Olimpik 2020.

Ini susulan masalah dalaman dan kepimpinan yang melanda Persatuan Tinju Antarabangsa (AIBA), yang ketika ini terpalit isu rasuah, selain presidennya, Gafur Rakhimov didakwa terlibat terlibat dengan kegiatan jenayah oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Presiden IOC, Thomas Bach melahirkan kebimbangan tentang masalah AIBA yang boleh menyebabkan tinju digugurkan.

Beliau tidak berpuas hati dengan laporan yang diserahkan kepada IOC pada April lalu, dan AIBA terpaksa menghantar laporan baharu yang sudah diperkemaskan bulan ini.

Laporan itu akan menjadi bahan utama perbincangan pada Jumaat dan Sabtu ini.

IOC mula hilang sabar dengan AIBA rentetan daripada skandal rasuah membabitkan hakim pertandingan Sukan ­Olimpik 2016 di Rio apabila 36 pegawai dan pengadil digantung kerana terlibat menentukan keputusan pertarungan.

“Kami tidak mahu atlet terpaksa menanggung akibat gara-gara sikap buruk pegawai persa­tuan.

“Kami akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan perjalanan ­Olimpik mereka tidak terhenti di situ sahaja,” tegas Bach. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN