Tingkat rondaan di kawasan berisiko banjir - Baru Bian - Utusan Malaysia

Tingkat rondaan di kawasan berisiko banjir – Baru Bian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi lebuh raya di Pantai Timur akan meningkatkan rondaan di kawasan berisiko sepanjang musim tengkujuh ini. 

Ia sebagai persediaan bagi menghadapi musim banjir dan pada masa sama menyalurkan maklumat semasa untuk pengguna lebuh raya. 

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata, pihaknya telah mengenal pasti kawasan-kawasan berisiko dinaiki air yang memerlukan pemantauan semasa musim tengkujuh bermula November ini. 

“LLM mempunyai prosedur bagi berhadapan dengan musim banjir selain menggerakkan kumpulan peronda ke kawasan berisiko juga melakukan pemantauan menerusi televisyen litar tertutup yang ditempatkan di beberapa kawasan sekitar lebuh raya. 

“Selain itu kita juga mempunyai ‘crisis team’ yang akan bertindak sekiranya berlaku kejadian banjir bagi melancarkan operasi membantu dan menyelamat,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja di LLM Wilayah Timur dan Anih Berhad di sini hari ini. 

Turur hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir dan Pengarah Eksekutif Anih Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN