KUALA LUMPUR 29 Nov. – Tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan pada saat akhir untuk mencabar pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mengendalikan kes pecah amanah dan salah guna kedudukan yang dihadapinya adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab. “Sejak hari pertama lagi, mahkamah telah bertanyakan mengenai perkara ini tetapi tiada maklum balas diberikan pada ketika itu. Tindakan memfailkan permohonan ini pada peringkat ini…