Tijuana berdepan krisis kemanusiaan - Utusan Malaysia

Tijuana berdepan krisis kemanusiaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY 24 Nov. – Golongan kanak-kanak yang berseorangan dan pendatang lain berisiko terdedah menjadi mangsa kepada aktiviti jenayah di bandar Tijuana, bandar yang terletak dengan sempadan Amerika Syarikat (AS).

Bandar berkenaan berkemungkinan menjadi ‘tempat tinggal sementara’ selama beberapa bulan akan datang bagi ribuan pendatang dari Amerika Tengah yang cuba memasuki AS untuk mendapatkan suaka politik.

Kira-kira 4,600 orang berkampung di sebuah stadium di bandar tersebut, menyebabkan Datuk Bandar Tijuana, Juan Manuel Gastelum mengisytiharkan kebanjiran pendatang itu sebagai ‘krisis kemanusiaan’.

Jelas Gastelum, bandar itu terpaksa membelanjakan kos lebih AS$25,000 (RM104,936) sehari untuk menampung keperluan pendatang.

Beliau menggesa agensi antarabangsa untuk membantu Tijuana.

Presiden AS, Donald Trump sebelum ini telah menghantar tentera ke sempadan negara itu selain membenarkan penggunaan senjata serta mengancam untuk menutup sempadan sepenuhnya sekiranya kedatangan pendatang asing tidak dihentikan.

Kebanyakan pendatang adalah dari Honduras dan terdiri daripada 80 orang kanak-kanak serta remaja berusia antara 10 dan 17 tahun.

Menurut seorang remaja berusia 15 tahun, Josue, ketika cubaannya untuk memasuki AS tahun lalu, dia telah diculik dan dipukul di Mexico oleh penyeludup dadah.

“Saya terlantar di hospital, saya tidak tahu bagaimana kerana saya tiba di hospital dalam kea­daan lemah,” katanya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×