KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) – Serba Dinamik Holdings, firma perkhidmatan tenaga antarabangsa yang menyediakan penyelesaian kejuruteraan kepada industri penjanaan tenaga serta minyak dan gas, merupakan syarikat terbaru dalam senarai ‘Best 200 Under A Billion’ Forbes Asia 2018. Senarai itu mengetengahkan 200 syarikat awam terkemuka di rantau Asia Pasifik yang mencatatkan perolehan tahunan antara US$5 juta dan US$1 bilion (US1=RM4.19), dengan pendapatan bersih positif dan diniagakan secara awam bagi sekurang-kurangnya…










